Friday, February 11, 2011

TASIK KENYIR HULU TERENGGANU

TASIK KENYIR MERUPAKAN SALAH SATU TASIK BUATAN MANUSIA YANG TERCANTIK DI ASIA TENGGARA,DIMAN A TASIK KENYIR INI MEMPUNYAI 340 PULAU YANG CANTIK,DI TASIK KENYIR INI JUGA MEMPUNYAI BEBERAPA AIR TERJUN DAN JUGA GUA YANG TERSIMPAN PELBAGAI SEJARAH SEPERTI GUA BEWAH DAN SEBAGAINYA……TASIK KENYIR YANG TERLETAK DIPENDALAMAN HULU TERENGGANU BERKELUASAN SEPANJANG 38’000 HEKTAR DENGAN DIKELILINGI HUTAN HUJAN TROPIKA.
SELAIN KEINDAHAN TASIK YANG DAPAT DINIKMATI OLEH PARA PENGUNJUNG,TERDAPAT PELBAGAI LAGI TEMPAT MENARIK YANG DAPAT DILAWATI OLEH PELANCONG SEPERTI:
                                                                
 


                                                              SANTUARI KELAH        


                                                                  TAMAN BURUNG


                                                                     AIR TERJUN TEMBAK



DAN YANG AKAN MENYUSUL PROJEK PEMBANGUNAN TASIK KENYIR SEBAGAI KAWASAN BEBAS CUKAI DIMANA  PROJEK INI AKAN MEMBERI PELBAGAI MANFAAT KEPADA PENDUDUK NEGERI TERENGGANU KHASNYA DIKAWASAN HULU TERENGGANU ITU SENDIRI.










" GAMBAR-GAMBAR DIATAS KERJA-KERJA UKUR TANAH OLEH PEMIMPIN DIHULU TERENGGANU BERSAMA MENTERI BESAR"





ANTARA KEBAIKAN PERLAKSANAAN TASIK KENYIR SEBAGAI KAWASAN BEBAS CUKAI..

SEPERTI YANG DIMAKLUMKAN OLEH MENTERI BESAR,PROJEK INI MASIH LAGI DALAM PERANCANGAN,DAN APA YANG BOLEH DILIHAT DIMASA AKAN DATANG DENGAN WUJUDNYA PROJEK INI AKAN MEMBERI PELBAGAIKELEBIHAN PADA MASYARAKAT DINEGERI TERENGGANU KHUSUSNYA MASYARAKAT HULU TERENGGANU TERUTAMA DALAM SEKTOR EKONOMI :-

·         PELUANG PEKERJAAN
·         KEMAJUAN DALAM BIDANG PELANCONGAN
·         TARAF KEHIDUPAN PENDUDUK DISEKITAR AKAN BERTAMBAH
·         SEJARAH AKAN TERPELIHARA
·         GAYA HIDUP AKAN BERRUBAH TERUTAMANYA MASYARAKAT KOMUNITI ORANG ASLI

"  DENGAN TERBANGUNNYA PROJEK INI DIHARAPKAN TASIK KENYIR DAPAT MENJADI SALAH SEBUAH PUSAT PELANCONGAN SETANDING DENGAN PULAU LANGKAWI"

E- BOOK

ebook merupakan salah satu tranformasi perubahan dalam bidang pendidikan yang cuma ada dinegeri terengganu. pelbagai kelebihan yang diperolehi oleh anak- anak terengganu terutamanya dalam bidang teknologi dan diharapkan pengagihan ebook ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan celik it di negeri terengganu secara menyeluruh tanpa ada seorang pun ketinggalan...insyaAllah...




diharapkan semua pihak memandang positif dengan usahan kerajaan ini,,kerana setiap perkara yang dilakukan dan diambil secara positif,,makan jadi positif lah perkara itu dan begitulah sebaliknya....semoga rakyat terengganu terus cemerlang dimasa - masa akan datang,,,,

AKU BELAJA MARENG.......

DIMANA SILAPNYA???SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN???

Berikutan isu pengambilan Tanah di Dun Ladang ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai  spekulasi yang baik dan buruk dimana akan menjejaskan pemerintahan kerajaan hari ini di Negeri Terengganu.

Di antara perkara yang menjadi isu hangat adalah berkaitan harga sewa penempatan yang disediakan. Perbezaan harga yang sangat ketara diantara rumah 3 bilik dan 4 bilik juga menjadi topik yang dibualkan.

Tiada pihak yang tampil untuk memperjelaskan mengapa wujudnya jurang harga yang terlalu ketara diantara 2 katagori rumah ini. Secara personalnya harga sewa rumah RM 300 untuk 3 bilik adalah dikira berpatutan kerana lokasi penempatan ini adalah dikawasan bandar. Namun bagi rumah yang mempunyai 4 bilik yang mana harga sewanya RM 850 adalah sangat tidak munasabah. Sehingga kini penduduk masih lagi tertanya-tanya tentang status pemilikan rumah tersebut samada sewa beli atau hanya sekadar sewa sahaja.

Disini peranan daripada pihak kerajaan amatlah diperlukan untuk menjelaskan mengapa isu jurang harga ini wujud diantara 2 katagori rumah ini. Diharapkan dengan penjelasan yang menyeluruh daripada pihak kerajaan dapat menyelesaikan kemelut yang melanda di Negeri Terengganu ini.


Di dalam arus yang serba moden, masih ada lagi segelintir rakyat di Negara kita yang masih berfikiran kolot menunding jari kepada pihak yang tidak sepatutnya untuk menyelesaikan semua masaalah yang dihadapi. Berbalik kepda video yang telah ditayangkan oleh RTM beberapa minggu lepas tentang isu pengambilan tanah di Kampung Ladang, Tok Pelam. Ianya telah menimbulkan beberapa isu tentang pembangunan kerajaan di Negeri Terengganu.

PKR yang menjadi teraju untuk menggulingkan Kerajaan dan menyamar sebagai NGO dalam video yang telah disiarkan bagi memastikan nasib penduduk dikawasan itu terbela. Isu ini di gembar-gemburkan dalam media tetapi tiada penjelasan dari pihak berwajib seperti Pejabat Tanah atau NGO yang terbabit. Dimana Silapnya???? Adakah Pihak PKR hanya menjadikan isu ini untuk mewujudkan sensitiviti dan dalam menjatuhkan Kerajaan dan Barisan Nasional.